Wednesday, 24 April 2013

Novel yang Menarik Minat Saya


-Novel yang telah menarik minat aku-

Haii, dah tengok kan gambar kat atas tu? Err, jam merah tu abaikan. Saja nak selit sikit :P Fokuskan kat novel tu ja k. So, sapa dah baca novel tu sebelum Maisa?? Ape komen korang lepas khatamkan novel tu? Best tak? Hmm. Maisa punya pendapat la kan, novel tu tersangat-sangat la best. Macam novel "Suami Aku Ustaz" jugak la. Bercinta selepas nikah/kawen ! Yang novel ny sangat kelakar kowt sebab suami dya PEMALU :D Haha, susah dah kowt sekarang ny nak cari lelaki yang pemalu kan kan? Hee ^^ Sweet sangat jalan cerita dalam novel ny. Lelaki ny pown ada pegangan agama and jaga segala ikhtilat dya. Macam rakan sepejabat dya yg perempuan pakai seksi macam sarung nangka and tak cukup kain, dya tegur terus tanpa selindung. Then Maisa ada tertarik dengan beberapa dialog dya dengan mama dya masa sebelum dya kawen dengan isteri dya, Farisha Alya.

"Alah ma, Rul tak beritahu Rul suka dia sebabnya Rul taknak usik hati dya. Lagipun waktu Rul mula suka dya tu tengah belajar lagi. Sekarang Rul baru mula kerja. Tak eloklah bagi harapan kat anak dara orang. Biarlah Rul kumpul duit dulu."

"Tak takut melepas ke? Nanti kalau disambar dek orang, gigit jarilah kamu," kata mama Sahirul Hakimi.

"Nak takut apa, ma? Jodoh rahsia Allah. Kalau dah jodoh Rul dengan Alya, macam mana cara sekalipun Rul tetap akan bersatu dengan dya. Betul tak ma?"

See? Nampak kan perbualan antara dya dan mama dya macam mana? Punya la dya sanggup pendamkan perasaan terhadap isteri dya tu selama 2 tahun sampai la dya dah diijab kabulkan. Dya jenis tak layan perempuan and tak tengok pown perempuan sebab tu dengan isteri dya sendiri pown malu sampaikan dya pegang tangan isteri dya pown, dya minta maaf balik sebab terpegang tangan isteri dya. Pergghh ~ Padahal, diorang dah sah kowt ><" hahaha ! Gelak guling-guling Maisa baca buku ny and ada jugak part yang buat Maisa mengalir air mata tapi entah la kat mana. Nak taw, beli and baca la sendiri. Perempuan kalau baca novel, terkadang hayati betul-betul and time baca novel tu jangan ada sesapa pown kacau. Kalau ada owg cakap masa tengah baca novel, for sure dya tak kan fokus langsung dengan apa yang owg cakapkan kat dya. Haha ! *teruk betul* Btw, ada jugak part perbualan antara Rul dengan adik lelaki isteri dya, Qimi yang buat Maisa teruja sangat. Nak taw? Baca la kat bawah :P

"Qimi nak tahu tak? Abang ambil masa dua tahun pendam perasaan kat angah Qimi. Abang tak suarakan sampailah kewangan abang betul-betul stabil. Dalam masa yang sama, abang ambil tahu perkembangan Alya. Agak-agak Qimi, kenapa abang tak luahkan je sedangkan abang ada banyak kesempatan untuk luahkan kepada angah kamu? Sebabnya, abang taknak sentuh hati kakak kamu selagi abang belum pastikan dya menjadi milik abang. Hati perempuan terlalu lembut, dik. Jangan sentuh hatinya kalau kamu tak mampu untuk jadikan dya milik kamu. Jangan bagi harapan andai kamu tidak menyimpan sebarang perasaan kepadanya. Dan yang penting, jangan cuba-cuba berjanji kepadanya selagi kamu belum mampu menjadi imam bagi dirinya. Qimi fahamkan apa yang abang cuba sampaikan?"

"Qimi dah besar. Dah 23 pun. Kerja pun ada. So, abang tak risau bila Qimi cakap Qimi jatuh cinta. Cuma abang nasihatkan, biarlah perjalanan cinta Qimi diiringi dengan keberkatan. So, bila Qimi dah berkeluarga nanti, Keluarga Qimi akan penuh barakah. Kenangan Qimi  dengan dya sebelum kawen mungkin sikit, tapi Qimi akan hidup bersama kenangan-kenangan yang lebih indah selepas kawen nanti."

Haaa, actually banyak lagi dialog-dialog suami si Farisha Alya ny yang membuatkan Maisa teruja, terkesima and ada juga kata-kata dya yang Maisa ambil and ingat dalam kepala otak Maisa :D Hoho *dasyat* Suami dya pown banyak bagi tazkirah agama dekat dya. Rasa cemburu pulak ! Haha. Teringin sangat nak suami macam tu suatu hari nanty. Yang ada pegangan agama, yang boleh bimbing diri ny ke jalan yang benar, yang boleh bagi nasihat kat diri ny, yang boleh jadi IMAM Maisa and yang boleh jadi ABI kepada anak-anak Maisa nanty. Cewaaahhh ! Berangan terlebih pulak :P Haha *poyo*

Uke la, sampai sini ja la entry Maisa kali ny. Banyak nak cerita tapi lebih baik korang baca sendiri ja la kan, lagi senang :D Hehehe, k la. Maisa pown kena undur diri dah sebab pukul 2 petang ny ada kelas pulak. So, chaww dulu ! Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment