Saturday 25 May 2013

Biar Lirik Berbicara

Merindu setengah mati by Judika



Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
Mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
Selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain

Mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku

Terus terang

Aku merindukanmu, setengah mati merindu

Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu

Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku

Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana

Mungkin kau bukanlah jodohku

Atau bahkan bukan takdirku
Terus terang (terus terang)

Aku merindukanmu, setengah mati merindu

Tiada henti merindukanmu
Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu

Aku merindukanmu, setengah mati merindu

Aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
Aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
Aku tetap menunggumu




Wednesday 15 May 2013

Ulang Tahun Kelahiran

Bismillahirrahmanirrahim ...


-Nik Nur Habsah (my beloved friend)-
Hari ny merupakan hari ulangtahun kelahiran dya. Bangun tidur pagi tadi tengok phone tarikh hari ny 15 May 2013. Suddenly teringat terus birthday dya, cepat-cepat taip mesej wish kat dya :) Dya kakak kepada Maisa sebab umur dya dah 23 tahun already. Muka dya tak nampak macam umur 23 tahun kan? Hehe, awet muda biasa la. Tapi dya dah berpunya taw ! Dengan budak sekolej and sekelas kami jugak. Haha, pandai + comel sape taknak kan? :P Banyak kenangan pahit manis dengan dya masa kat kolej. Daftar semester baru awal bulan 6 ny, maybe dya dah tak belajar situ dah. Yela, Maisa masuk second intake. Tak sama la habis belajar dengan dya. Yang Maisa pulak buka semester baru ny, masuk semester 1 pulak. Alahai, jadi junior balik. Sadiss betul ==" Rasa segan pulak tambah dengan Maisa sensorang. Kalau ada kawan-kawan lain takpe jugak, kurang la sikit rasa segan tu. Huhu, k.nik pulak dah boleh keluar. Sedih rasa sebab nak p mana-mana, mesti kami jalan dua. Actually ada dua orang lagi, Mahirah dengan Suhana tapi diorang pown berkepit dua jugak. Kira couple sama couple la. Haha, tapi bukan les arr. Jangan dok pikir bukan-bukan pulak. Biasa la BFF kan :)

So, untuk Kak Nik :

"Happy Birthday to you, Happy Birthday to you, Happy Birthday to Kak Nik, Happy Birthday to you ! Hehe. Sanah Helwah Kak Nik :) Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Teruskan berjuang untuk mencapai apa yang diimpikan ! Semoga kita sama-sama menjadi muslimah solehah, cemerlang dunia dan akhirat. In shaa Allah :) Dan satu lagi, semoga ukhuwah kita diperkuatkan lagi dan kekal till Jannah. Jangan lupakan Maisa taw ! Rindu Maisa selalu, hehe ^___^ Kenang daku dalam doamu ~"

Sebelum tu nak tunjuk gambar-gambar kami dua bersama sebagai kenangan :')

-Depan bilik 210 asrama khadijah (asrama kolej) kami-
(muka masing-masing bajet poyo + comel belaka, haha.)

-Masa g makan dengan K.Aishah and zauj (suami) dya-
(masa ny segan tak taw nk habaq lagu mana dah tapi cover jugak la)

-Tunggu nak g beli makanan sempat posing depan bilik-
(rindu bilik kita, banyak kenangan tercipta tambah-tambah kenangan k.nik dengan jannah. kan k.nik kan? ingat lagi tak? haha)

-Masa buat Seminar Fahami Bacaan Dalam Solat-
(muka boloq gila oii, haha. sempat posing masa handle seminar)

-Masa KIB Intensive Course kat Sri Pantai Resort,Bachok-
(best giler time ny dapat tengok matahari terbit. btw, muka kebudak-budakan kowt)

-Masa makan dekat Horizon Garden-
(dapat makan kat sini pown sebab kami semua handle seminar hari tu, kiranya hadiah daripada penat lelah kami handle seminar la rasanya. haha, hadiah la sangat)

Ada lagi gambar-gambarnya tapi banyak gambar kami berempat : Kak Nik, Maisa, Irah, Su. And nama gabungan kami adalah NIMAISURAH :D Haha, siap ada nama gabungan lagi ! Actually, Maisa rindu semua tambah-tambah k.nik sebab Maisa selalu dengan k.nik. Kadang kami banyak sharing-sharing problem and ada jugak yang 'secreto de amor' nya. Haha, secreto de amor tu SECRET lah :P Tadi Maisa rasa sedih and actually to be truth, Maisa dah menangis pown. Rasa masa tu memang need someone la untuk story mory and masa tu teringat k.nik ja (terharu tak, k.nik?) haha ! Yela, kadang nak story pape even tak semua yang di storykan pown mesti terluah kat k.nik. Tapi tak semua la yang terluahnya, ada jugak yang privacy kita sendiri. Tambah pulak Maisa ny jenis suka pendam masalah, memang payah la nak dengar Maisa story pape pown. Yang boleh terluah kat k.nik pown sebab ada sesetengah masalah yang Maisa dah tak boleh simpan sensorang. Kalau simpan jugak, rasa macam serabut and tak boleh nak ceria sangat. Ye, memang Maisa boleh ceria tapi fake la semuanya macam FAKE SMILE :') 

Bila dah teringat k.nik, maka terjadilah entry post Maisa malam ny pasal k.nik dalam blog Maisa ny. By the way, jangan ditanya dah ape sebab Maisa menangis tadi taw k.nik. Sebab Maisa dah rasa okay sekarang. Biasa la, k.nik pown taw Maisa macam mana. Bila ada masalah, tahan and sabar then menangis. Bila dah menangis, lepas tu rasa okay la. Haha, tu la orang kata. Tak semua masalah boleh diluahkan melalui kata-kata. Terkadang ada jugak yang hanya terluah melalui air mata sahaja. Kan? So, cukup sampai sini saja la cerita tentang Maisa dan Kak Nik. Doakan semoga hubungan persahabatan kami semua (NIMAISURAH) diperkuatkan lagi dan kekal till Jannah, in shaa Allah. Aamiin :'D

P/S : Harap maaf andai entry kaly ny agak panjang. Tapi panjang ke ek?? Haha. Thanks sebab sudi baca. K la, babai ~


-Kami berempat (NIMAISURAH) tetap dalam ingatan-

The Answer


-Aku adalah Aku-

Allah . .

Inginku hentikan langkah ini

Bagaikan tak mampu untukku bertahan

Semangat tenggelam lemah daya

Haruskah aku mengalah

Namun jiwa ku berbisik

Inilah DUGAAN :')

Dan langkahku kini terbuka

Pada hikmah dugaan uji KEIMANAN

Dan dilontarkannya ujian

Diluar kekuatan setiap diri insan

Allah . .

Pimpinlah diriku

Untuk bangkit semula

Meneruskan langkah perjuangan ini

Cekalkan hati dan semangatku

Kurniakan ketabahan

Agar mimpi jadi nyata

PadaMu ku meminta

Dan ku mohon agung kudratMu

Wahai Tuhan Yang Satu

Segalanya dariMu


Fikir punya fikir, akhirnya Maisa buat keputusan untuk terus hidup secara single but IN RELATIONSHIP with HIM, ALLAH S.W.T. In shaa Allah, setiap manusia Allah dah tentukan dengan siapa jodoh masing-masing cuma Allah rahsiakan dahulu buat masa sekarang. Sabar dan tetap bertahan untuk menghadapi liku-liku hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Soal hati ny biarkan saja dya nak setia dengan sesape pown asalkan diri ny boleh controlkan dan usah dilayan atau dipersoalkan sangat tentang soal hati ny. Buat masa sekarang lebih baik perbanyakkan amalan, tingkatkan iman dari hari ke hari, taat kepada perintahNya, tinggalkan segala laranganNya, banyak dekatkan diri kepadaNya dan menjadi anak yang SOLEHAH agar diri ini mampu menggapai Syurga Allah. In shaa Allah, aamiin :')

"Ya Allah, lamarlah hatiku dengan cintaMu agar aku dapat terus berpaut dalam redhaMu. Ya Rabb, jangan Engkau palingkan hati ini setelah Engkau beri aku hidayah. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih. Amin Ya Rabbal 'Alamin."


-No Caption-

Tuesday 14 May 2013

Puasa Oh Puasa :)


-A Glass of Ice cube Water-
Nampak kan gambar kat atas tu? Yes, a glass of ice cube water. Maybe bagi korang, "alaaa, air ais je tu pown nak kecoh bagai ke?" Hah ! betul tak?? Haha. Tak kesah lah korang nak kata ape pown, yang penting Maisa nampak je air sejuk ny, memang tahan sabar la sebab hari ny Maisa puasa. Err, puasa ganti la kekadang puasa sunat. Yela, bulan Ramadhan nak dekat dah kan. Tak sabar rasa nak puasa di bulan yang penuh Barakah tu :D 

Lagi berapa minit nak buka puasa pown sempat lagi update ekk *teruk* Bukan ape, kat facebook memang online tapi saja malas nk update status, nak biar menyepikan diri kejap even on facebook kejap-kejap pown tak kesah la. Janjy menyepi dari update status kat facebook *poyo jer* Haha. Aish, tak sabar nak buka puasa. Nampak air sejuk ja ny sebab mulut dah kering sangat. Boleh terkoyak dah ny *auch* Maklum la, puasa time kurang sihat jadi macam ny la. (tak sihat pown minum air ais jugak) Huhu, sabar jer la. Macam tak biase pulak :)

So, korang-korang ! Sape yang puasa hari ny, moh lerr kita g siap buka puasa :) Nak dekat masuk waktu Maghrib dah ny. Cepat-cepat ! jangan lengahkan waktu buka puasa :D Hehehe, pape pown Selamat Berbuka Puasa ya bagi sesiape yang puasa tu. Jangan lupa Bismillah pulak ! K, daaa. Tata titi tutu, assalamualaikum ^__^ (kan bagus kalau aku sehappy smiley tu)

Bila Harus Memilih

Assalamualaikum :)

Lama tak update blog ny, rasanya dah masuk seminggu kowt :/ Huhu. Biasalah bila dah takde idea nak update ape dalam blog, tunggu lama la nk updatenye. Actually, hari tu nak update dah cuma line internet macam nak kena siku jer. Sabar jer la ==" So, time line internet tengah laju macam keta ferrari ny, Maisa amek kesempatan buat entry pasal nak BUAT PILIHAN :')

Pilihan ape? Hurm, susah nak cerita sebenarnya tapi dalam 2-3 hari ny fikiran Maisa serabut tapi takde teruk sangat serabutnye. Then hati Maisa ny rasa kosong, kosong, kosong (versi najwa latiff) entah kenapa Maisa pown tataw. Maisa tataw nk pilih antara dya atau dya. Dya atau dya?? Dya tu Mr.Spec and lagi sorang dya tu, someone yang sukakan Maisa or cintakan Maisa maybe. Taknak cakap nama dya kat sini, biarlah rahsia. Tapi antara someone tu dengan Mr.Spec, Maisa lebih pilih Mr.Spec sebab Maisa kenal Mr.Spec and dah pernah jumpe pown. Ciri-ciri lelaki macam Mr.Spec tu la Maisa nak cuma Maisa sampai sekarang suka dalam diam and rasa macam something wrong somewhere jer tak kena sekarang. Tataw la amende yg something wrong somewhere tu. Hanya Allah jer yang taw and hanya Allah saja yang sebaik-baik perancang. Yang someone tu pulak, Maisa tak pernah jumpe dya and Maisa anggap dya kawan ja. Tapi Maisa tak sangka dya anggap Maisa lebih. Maisa terus terang dah dengan dya yang hati Maisa minat orang lain and jangan taruh harapan kat Maisa. Lagi satu, Maisa susah nk percaya kat lelaki tambah-tambah yang Maisa tak pernah jumpe. Ye, caye tu ade la sikit tapi still ragu-ragu. Hari ape tah, dya call Maisa and luah segala-galanya tentang isi hati dya kat Maisa. Maisa tataw la dya cakap betul ke tak tapi lepas Maisa gtaw elok-elok yang hati Maisa minat orang lain, memang dengar suara dya sedih or tengah tahan menangis. Masa tu hanya Tuhan jer yang taw betapa blurr nya Maisa. Maisa tataw nak buat keputusan macam mana and semalam dya mesej Maisa cakap rindu apa semua then last mesej dengan dya, dya gtaw dya demam tak larat nak bangun and sakit-sakit satu badan.Dya pown kata, "hebatkan kesan dya?" Serius, tak sangka sampai teruk sekaly jadi macam tu kat dya. Kesian jugak :(

Rasa macam diri Maisa ny kejam pulak sampai sakit-sakit someone tu. Maisa bukan tak boleh terima dya tapi kena amek masa sebab hati Maisa ny macam dah terikat dengan Mr.Spec tu. Maisa takowt kalau Maisa terima someone tu then if one day Mr.Spec dapat terima Maisa (berangan jer la), haaaa acane tuh?? Takowt Maisa beralih arah pulak bila datang situasi macam tu. Yela, bukan senang kita nak lupakan or hilangkan perasaan sayang kat orang yang dah kita suka tu. Hurm, someone tu memang baik jugak dengan Maisa. Dya jaga hati Maisa. Arrrgghhh ! (boleh gila aku macam ny) Nasib baik Maisa kuat, sabar and still boleh fikir mane baik mane buruk. Ya Allah :'(

Cuma dalam hal ny, Maisa confuse ! I don't know how to make a decision. The best decision ever ! Help me, pleasee :'( Maisa tataw nak buat pilihan. Hati Maisa pilih Mr.Spec tapi Mr.Spec mane terima Maisa lagi and someone tu pulak terima Maisa dah, dah sayang sangat-sangat dah pown kat Maisa. Dya selalu kata, "hargailah orang yang dah sayangkan kita. Jangan kerana orang yang kita suka and orang tu belum tentu dapat terima kita, kita buang orang yang betul-betul sayangkan kita." Maisa tataw nak fikir yang mane terbaik, sampaikan Maisa sendiri rasa Maisa tak ceria dah 2-3 hari ny sebab terlalu banyak fikir :( Maisa kenal lama dah Mr.Spec dari Maisa kenal someone tu. Mana satu perlu dibuat pilihan :'(

Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk membuat keputusan yang terbaik, tunjukkan jalan yang terbaik dan semoga diri ini tidak akan rasa menyesal dengan apa-apa keputusan yang bakal dibuat kerana mungkin itu adalah jalan dan keputusan yang terbaik buat diriku. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.

LEBIH BAIK DICINTAI DARI MENCINTAI ?? Oh Allah, please help me TT__TT

-Sama ada dia ataupun dya-

Tuesday 7 May 2013

I'm Happy !

Assalamualaikum. Annyeong ! Hehe :)


Seriously I told ya, I'm totally very HAPPY tonight ! U know why? Because Mr.Spec called me just now ! Harhar *sengal* Mr.Spec, Mr.Spec, Mr.Spec ! Mesti korang kata macam tu kan? Hoho. Sorry if I have made you all crap or feel annoying with each entry of mine. Err, sorry english broken sikit. Grammar tunggang langgang. Haha *OhMyEnglish!* :O 

Hmm, entah la. Nak kata macam mana pown tataw. Yeah, kiteorang memang kawan and Best Friend rasanya tapi setiap kali dapat text or call dari dya, always makes me smile with no reasons. Even text wish selamat malam pown Maisa rasa happy sangat and kalau dya call Maisa, memang rasa bahagia gila sambil menjerit "I'm Happy, I'm Happy" bila dah habis on the phone dengan dya. Sekejap pown jadi lah. Haha *teruk dowh* Kau angau ke, Maisa? ==" Err, kalau angau sekali pown Maisa still dapat control diri lagi sampai sekarang. Suka dalam diam. Alahai, sweet like chocolate la pulak. Choii ~~ Sweet kau cakap, SAKIT lagi ada la. Huh, nasib baik dapat pujuk diri ny supaya bersabar :'D

Yes, dulu dya pernah taw isi hati Maisa tapi sebabkan keadaan dya masa dya taw isi hati Maisa tu kurang baik jadi sampai sekarang kiteorang tak pernah cakap soal hati ny. For what nak merayu or paksa orang terima kita kan? Biar bagi dya masa dulu. Kalau suatu hari nanti dya tak terima jugak, apa Maisa boleh buat. Just terima dengan hati terbuka and redha je la. Tak kan nak control hidup dya kan. Soal hati ny tak boleh dipaksa and kalau ada jodoh antara kiteorang, in shaa Allah tak kan lari gunung dikejar. Lari la sejauh beribu-ribu batu pown, tetap akan bersama jugak. Harhar (pandai kau bermadah ye Maisa) Tapi serius segala apa yang Maisa cakap dalam ny, its totally from my heart. Bukan sekadar kata tapi dari hati Maisa yang tulus ikhlas ny. *wekk* haha ! Gelak guling-guling baca apa yang Maisa sendiri luahkan. Adoii ~

So, untuk awak Mr.Spec :

You were there to light my day

You were there to guide me through

From my days down and on

I will never stop thinking of you

How can I forget all that

When you are the one who makes me smile

You will always be apart of me

How I wish you were still mine


Taken from song by Nur Jannah Alia tittle YOU ~ Lagu ny agak terkena dengan diri Maisa rasanya. Actually ada lagi lirik dya tapi yang selebihnya tu kurang kena sebab keseluruhan lagu dya ny macam sesuai dengan orang yang nak describe someone special yang pernah hadir dalam hidup diorang means kekasih lama la rasanya kowt. Huhu *sorry kalau ada yang terasa* Tapi Maisa ny bukan situasi macam tu. Just ambil lirik yang nak describe tentang dya bagi Maisa. Yela, Maisa suka dalam diam. Just kawan ja dengan dya. Kiranya nak describe tentang crush Maisa maybe? Hoho *crush la sangat* So, dengan cara ny la yang Maisa boleh luah semua tapi rasanya takde la sampai segala-galanya Maisa nak luah kat sini. Ada jugak privacy Maisa kan? Hehe :D Memang ramai yang kata, lebih baik dicintai dari mencintai kan? Dulu ada yang boleh terima Maisa and Maisa cuba untuk terima dya jugak tapi agak susah sebab kepala Maisa asyik fikirkan Mr.Spec. So, Maisa decide untuk biar single buat masa sekarang. Dah lama Maisa suka and sayang dya tapi malas nak cakap banyak pasal ny. Diam-diam sudah. Err, nampak macam Maisa setia ke? Huhu, sorry =="

So, saya nak gtaw kat sini yang awak dah banyak buat saya happy even maybe bagi awak ianya perkara biasa kalau sekadar wish selamat malam, selamat pagi or else. Banyak benda pasal awak boleh buat saya happy, JUST YOU. Tapi tak semestinya orang lain text Maisa tak happy cuma bila datangnya awak, happy saya ny lain rasanya. Kurkurkur :3 Awak selalu ada bila saya susah mahupun senang. Bila saya sedih, awak kadang muncul untuk buat saya gembira balik, awak macam taw-taw saya tengah sedih kekadang tu. I'm appreciate it. Thanks a lot ! Kadang awak ada bagi nasihat, ada kongsi bab agama dengan saya (rasanya la), then awak kejutkan saya untuk tahajud and kejutkan saya subuh terkadang tu. Terima kasih banyak-banyak and terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup saya sampai sekarang even as friends. Awak ingat lagi tak yang awak janji walau ape pown yang terjadi, awak tak kan tinggalkan saya? (err, maybe awak tak ingat kowt) So, saya harap sangat kita still dapat berhubung sampai bila-bila. Thanks again :)

Uke la, stop membebel setakat ny. Bila bercakap soal hati ny, sampai esok lusa pown tak habis. Haha, so sekarang ny jum ambil wudhuk then sebelum tidur baca 3 qul, ayat kursi and ucap dua kalimah syahadah takowt-takowt malam ny malam terakhir kita. Eh, doa sebelum tidur pown jangan lupa baca taw ! Hehe, k la. MorNight ~ Take care guys ! ^___^


"Kalau aku dapat 'pegang' hati dan juga dirinya, rasanya aku la orang paling bahagia dan sungguh aku katakan, aku akan hargainya sebaik mungkin. In shaa Allah."

Saturday 4 May 2013

Home Sweet Home


-Stesen Bas Tesco Kota Bharu-
Assalamualaikum. Annyeong Haseyo ! Hehe :D

Ehem, hai korang ! Sihat ke? Hehe. Hope sihat selalu la ye :) By the way, atas tu gambar Maisa dengan sorang kawan Maisa masa tunggu bas masing-masing kat Terminal Bas Tesco Kota Bharu, Kelantan. Yang berpurdah tu kawan Maisa and with white spec tu la Maisa. Huhu. Gambar tak sedia betul-betul sangat tu yang nampak sikit ja Maisa. Yang penting korang nampak jugak kan Maisa. Haha :D

Lama jugak kiteorang tunggu pagi tadi. Actually, Maisa and kawan Maisa punya tiket sama tarikh and sama time. Cuma haluan kiteorang berlainan, dya ke Dungun and Maisa ke Penang. Tiket bas pukul 10 pagi then kiteorang bertolak dari nilam puri lebih kurang pukul 9.15 or 9.20 jugak la. Hari tu balik, bas yang tunggu kiteorang tapi kali ny kiteorang yang kena tunggu bas pulak. Tambah pulak bas kiteorang lewat setengah jam jugak la pagi tadi. Gelabah dah bila bas tak sampai lagi. Haha *macam kena tinggal bas pulak* Then tunggu punya tunggu, alhamdulillah sampai jugak bas kiteorang cuma bas kawan Maisa sampai dulu then dalam 5 minit bas Maisa pulak sampai. Hehe, bahagia rasa sebab tak sabar nak balik rumah :D

Naik ja bas, Maisa and kawan Maisa texting each other. Hehe, pesan suruh jaga diri and bila sampai destinasi or bila dah sampai rumah, inform each other :) Bila bas dah mula gerak, first thing Maisa buat mestilah call parents ! Inform diorang yang Maisa dah naik bas apa semua. Lepas tu baru la start calling calling kawan-kawan yang lain and for sure Mr.Spec Maisa tak pernah lupa inform pape kat dya. Kurkurkur  :3 *poyo* Haha. Best Friend kowt ! Saja ja dah tak buat apa atas bas, call jer la kan. Huhu. Call pown kejap ja sebab masa call tu dya ada kat tempat kerja dya. Orang dah busy la katakan, so just inform yang penting then say baibai jer la. Hihi ^_^

Untuk pertama kalinya, bas Maisa sampai lewat ke Penang. Amek masa lebih kurang 9 jam untuk sampai ke Sungai Nibong (destinasi Maisa). Dari pukul 10.30 pagi sampai pukul 6.30 petang perjalanan Maisa. Pheuuww~ letih jugak tambah dengan tak makan apa-apa sebelum naik bas. Memang Maisa cari nahas la nak meloya dalam bas. Haha *padan muka* Tapi sebelum naik bas tu Maisa dah beli satu roti untuk isi perut kosong cuma tak boleh jugak nak lawan dengan rasa meloya and tak sedap badan atas bas tadi. Pada mulanya Maisa baca novel dulu sebelum makan tu sebab tak rasa lapar pown lagi. Tapi bila lama-lama baca novel tu rasa macam nak pening, tak sedap badan and tekak rasa meloya. Cepat-cepat Maisa tutup novel then makan roti and minum air but still tak boleh jugak lawan. Tak senang duduk giler masa tu tapi cuba untuk relaks then tidur kejap. Lega sikit rasa lepas tidur cuma pening-pening ja. Harhar *sabar jer la* =="

Selalunya Maisa sampai destinasi Maisa pukul 5 petang tapi dah lewat sampai, so lewat la inform ke parents and kawan-kawan yang lain. Parents Maisa call berkali-kali tanya ada mana. Huhu. *risau anak depa wehh* Then Mr.Spec call Maisa pulak pukul 5 lebih rasanya tanya Maisa ada mana. Dya pown sedar yang Maisa lewat sampai and dya call semata-mata nak tanya Maisa ada mana. Hoho, bahagia pulak rasa hati ny ! Dya macam risau kowt. Hehe (jangan perasan la Maisa). Biasa la, kawan risaukan kawan. Lepas dya call automatic Maisa tersengih sensorang then tak disangka mulut Maisa terkeluar kata, "He makes me smile." Ayoyoyo~ Dah macam angau or macam orang dah jatuh cinta la kau ny, Maisa ==" Haha *abaikan* But dya dah buat Maisa senyum, thanks a lot Mr.Spec. Appreciate it ! *poyo jer lebih* :P

 Err, masa atas bas tadi kan Maisa rasa rindu dekat dya sangat-sangat tapi Maisa cuba controlkan diri supaya rasa rindu ny tak lebih dari rasa rindu terhadap DIA. Hanya mampu sabar, sabar dan terus bersabar. But Maisa tak pernah rindukan seseorang tu sampai mengalir air mata. Maybe sebab terlalu rindukan dya rasanya :'D "Ya Allah, sampaikan lah salam rinduku padanya agar dya tahu bahawa diriku sangat merindukan dya." Amin Ya Rabbal 'Alamin :') Sebenarnya panjang lagi nak cerita tapi dah lewat and its time for me to sleep now. Esok nak bangun subuh pulak. Takowt tak terjaga nanti, terlajak la subuh Maisa. Haha (padahal ada parents kejutkan). K la, MorNight ! Hehe, sleep tight guys and Assalamualaikum ^___^

"Kalaulah aku dapat 'pegang' hatinya dan juga dirinya, sungguh aku akan hargainya sebaik mungkin."