Wednesday 26 June 2013

Mengintai Langit




Setiap hariku tulis
Yang ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu
Adakah engkau merasa
Apa yang sedangku rasa
Kerana tancap asrama
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintaimu
Maaf jika ku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juwita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Ku mengintai langit
Berharap engkau akan setuju
Menyintai aku ..

Menyanyi dan bisikanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapat ku lelapkan mata
Mengkhayalkanmu, bermimpikan mu
Sepanjang malamku ..

Friday 21 June 2013

Andai Si Dia Menjadi Milikku




Andai si dia menjadi milikku? Ehem ! Tajuk entry agak 'gedik' sikit ye :P Haha, actually masa lepas lunch tadi dok termenung sambil minum air and mata dok tengok kat luar tingkap. Tetibe TERberangan pulak pasal si dia. Si dia tu sapa? Of course la Mr.Spec ! Hoho, Mr.Spec je tak habis habis Maisa ny. Dalam berangan berangan tu, mula la berkalau-kalau. "Kalau la Mr.Spec terima aku seadanya dan jadi milik aku, memang aku tak cari lain dah." Haha, tu la ayat yang timbul dalam hati dan kepala otak Maisa. Aiyaaa *berangan tak sudah* Betul ke Maisa tak cari lain dah? Yes, for sure Maisa tak cari lain sebab sejak Maisa TERjatuh hati dekat dya sampai la sekarang, Maisa susah nak buka hati untuk orang lain. Even ada orang yang nak dekat Maisa pown, Maisa tak boleh nak terima. Maisa lebih rela biar hati Maisa kosong and biar Allah saja yang jaga hati Maisa. Ya, maybe Maisa boleh terima orang tu tapi hati Maisa still ada Mr.Spec. Buat apa terima orang tu tapi hati Maisa ada Mr.Spec and kepala otak Maisa asyik fikir Mr.Spec je kan? Err, bukan asyik or selalu sangat fikir pasal dya. Ada jugak time Maisa fikir pasal study, pasal parents, pasal diri Maisa sendiri and so on. Takde la terlalu sangat fikirkan Mr.Spec. Huuu -_-

Serius sampai sekarang, Maisa hanya mampu berdoa kepada Allah je. Yela, tak semestinya apa yang kita nak akan dapat terus kan? Kena la bersabar dan teruskan usaha untuk dapat hati dan diri si dia. Terkadang tu terdetik rasa putus asa and rasa penat tapi Maisa padamkan rasa tu and teruskan jugak. Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan Maisa, tahu apa yang tersurat dan tersirat dalam hati Maisa. Maisa takkan berputus asa walaupun terkadang ada makan hati, sakit dalam hati, rasa nak menangis dan macam macam lagi la. Tapi Maisa tak ambil serius sangat sebab Maisa tahu Maisa sentiasa ada Allah disisi Maisa. Dengan adanya Allah, Maisa kuatkan hati Maisa, tabahkan diri Maisa dan banyakkan bersabar :')

Andai Maisa dapat 'pegang' hati dan juga diri dya, sungguh Maisa katakan Maisa akan hargai dya sebaik mungkin dan Maisa dapat rasakan, Maisa la orang yang paling gembira sekali sekiranya dya dapat terima Maisa seadanya dan dapat menyayangi Maisa sepertimana Maisa menyayangi dya :'D In shaa Allah, Maisa akan hargai dya sebaiknya dan takkan biarkan hati dya terluka seperti dulu. Tapi buat masa sekarang, mohon kuatkan hati Maisa dan tabahkan diri Maisa untuk tempuh segalanya sebab makin kita sayang seseorang tu, makin banyak dugaan yang perlu ditempuhi. Am I right? Hehe, in shaa Allah. Andai Maisa dan dya ada jodoh, takkan ke mana. Takkan lari gunung dikejar tapi andai Maisa dan dya takde jodoh, mohon Allah tabahkan hati dan juga diri Maisa untuk terima segala ketentuan-Nya. In shaa Allah ^_^

"Ya Allah ya Tuhanku, bukakan lah pintu hati si dia untuk terima aku seadanya dan aku berharap agar si dia dapat menyayangi aku sepertimana aku menyayanginya. Andai si dia ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya, maka peliharalah kami dalam batas-batas syariat juga kuatkan lah ikatan jodoh kami dan permudahkanlah segalanya. Andai si dia tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya, Engkau tabahkan lah hatiku untuk terima segala ketentuanMu dengan hati yang terbuka dan temukan lah aku dengan orang yang lebih baik untukku. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin."



Sunday 16 June 2013

Hari Pertama Persekolahan :D



Haiii ! Ehem ehem :D Hehe, amacam? Nampak happy kan pocoyo kat atas tu? Hee ^^ Sama la macam Maisa sekarang. Mood happy and ceria jer hari ny ! Nak taw kenapa? Kalau korang nak taw, hari ny merupakan hari pertama 'persekolahan' Maisa :P (persekolahan la sangat) Haha. Happy jer dapat kenal dengan budak budak baru :) Alaaa, 7 orang jer budak baru. 4 lelaki, 3 perempuan -_- 

Pada awalnya memang segan + gabra dah nak masuk kelas tapi ada kawan mesej masa hari Jumaat hari tu kata budak baru semester satu ada 7 orang jer. Maisa pown agak terkejut la, 7 orang jer? OMG ! Macam kelakar pulak tapi lepas taw kata 7 orang jer budak baru, rasa hilang perasaan segan + gabra tu. Fuhh~ nasib baik sikit jer, kalau tak tebal jugak muka ny nak berkenal-kenalan dengan diorang *segan tahap gaban* :3

So, hari ny dengan yakinnya Maisa melangkah kaki untuk pergi ke kelas pukul 11 pagi tadi :D Maklum la, kena la tunjuk yang kita ny senior kan? Haha ! *poyo giler* Masuk je kelas Maisa terus tegur budak perempuan 3 orang tu tanya diorang diploma apa. Yela, takut salah masuk kelas orang ke kan? Ekekeke~ Then diorang pown kata diorang Diploma Qiraat dan Tarannum. Korang taw tak, memang betul ada 7 orang jer dalam kelas tu. Hakhak (rasa macam nak gelak golek golek) Ish ish ish, ada ka patut Maisa ny gelak kat diorang. Adoyaii ==" Lepas jer tegur tu, bermula lah sesi ta'aruf (berkenalan) antara satu sama lain. Perghh ~ memang sporting la diorang. Macam jumpa dengan kawan lama ja :D Memang terbaikk la diorang ny ! *bahagia hati ny* Cuma yang spoilnye, lecturer tak masuk pulak kelas. Punya la semangat Maisa ny pergi kelas, tup tup lecturer pulak tak masuk. Dah la 2 kelas pulak tu lecturer tak masuk, memang banyak borak la dengan budak budak baru ny. Macam-macam la kiteorang borak. Pasal asrama, pasal Maisa praktikal dulu, pasal macam mana pembelajaran kat kolej ny and so on la. Hehe, banyak cakap pulak Maisa kali ny. Tak macam Maisa dulu, mula-mula senyap and tak peramah then bila dah kenal lama baru Maisa banyak cakap. Kali ny macam TERLEBIH FRIENDLY pulak ==" Sampaikan diorang tak percaya Maisa ny jenis pemalu or jenis tak peramah, sedangkan dengan diorang Maisa cakap banyak. Memang Maisa sendiri rasa lain dengan diri Maisa, hoho (ada perubahan ny) :D

Hope lepas ny dekat mana-mana sekali pown Maisa berada, Maisa tak segan tak gabra dah. Harap dapat jadi friendly macam ny la. Takde la susah nak berkomunikasi dengan orang kan? Hope so :) Yang budak lelaki 4 orang tu memang nampak segan jugak. Alaa, biasa la mula-mula kan. Lama-lama nanti kena jugak berkomunikasi dengan perempuan. HAHAHA *gelak jahat* :P Uke la, done story untuk hari ny. Hehe, saje nak kongsi cerita pasal hari pertama PERSEKOLAHAN Maisa ! Heuheu :3 Rasa bahagia and happy dapat jadi friendly person ><" OhMyEnglish ! *tunggang langgang english dowh* -_- Hihi, k la. Jumpa lagi di lain hari, assalamualaikum ^____^

Saturday 15 June 2013

Merapu Merepek

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah kita masih lagi bernafas sehingga sekarang. Thanks to Allah sebab bagi kita peluang untuk memperbaiki diri kita dan tingkat iman kita dari hari ke hari. Jadi, gunakan peluang tersebut sebaiknya supaya kita tak menyesal di kemudian hari kerana belum tentu pada keesokkan harinya kita masih bernyawa lagi ataupun tidak. Hope kita semua sihat selalu dan sentiasa ceria :'D

Okay, rasanya dah berapa minggu Maisa tak update blog Maisa ny. Rasa macam dah bersawang sana sini dah, haha *poyo* :P Actually Maisa tataw nk update ape dekat dalam blog ny. Huhu, niat di hati memang nk sangat update blog, taip panjang-panjang, story mory ape-ape tapi otak blurr macam takde ap-ape yang nak di-update kan. Aiyoo, kalau macam tu macam mane la blog ny nak kekal aktif kan? Hoho, teruk teruk !

Hurm, by the way kalau korang nak taw, Maisa dah ada dekat Kelantan sekarang. Dah dekat 2 minggu jugak la Maisa ada dekat sini (macam korang nak taw jer) Haha. Maisa daftar semester baru masa 5 Jun 2013 tapi Maisa datang awal kat Kelantan, 3 Jun 2013 Maisa dah sampai sini. Err, for what Maisa datang awal? Hehe, Maisa join Klinik Al-Fatihah dekat kolej Maisa untuk 4 Jun tu. Sebab tu Maisa datang awal :) Then 5hb tu Maisa daftar sekali dengan kakak yang dok satu rumah sewa dengan Maisa. Alhamdulillah, settle jugak hari tu tapi untuk semester kali ny agak janggal serupa macam Maisa baru masuk kolej sebab Maisa daftar untuk SEMESTER SATU ! Uwaaa~ Malu malu. Maisa daftar untuk semester satu ny sebab Maisa masuk second intake dulu. Sebab tu la kena amek semester satu -_-

Patutnya Maisa dah start kelas minggu ny tapi disebabkan budak baru untuk semester satu ada kelas intesif bahasa untuk minggu ny, jadi Maisa takde kelas lagi la. Fuhh, dapat seminggu lagi cuti ! Maisa tak join kelas intensif bahasa sebab Maisa dah join dulu. Perghh~ Memang bowsan tahap gaban la bila dah takde buat ape-ape selama seminggu. Tapi nasib baik la boleh online cuma online tu pown terkadang membowsankan jugak. Hohoho *payah betul* Handphone pulak jarang la bunyi. Biasa la, bila single topup pown tak terjejas mana. Kesian kesian kesian :(

Actually, Maisa rindu Mr.Spec :'( Entah bila boleh jumpa. Dya kata masa kiteorang on the phone 2, 3 hari lepas, panjang umur kita jumpa ye. Sobsobsob, rindu teramat sangat dah ~ Alahai, teruk betul ler kau ny Maisa. Haha, tapi rindu Maisa terhadap dya dapat dikawal lagi. Dan harap sangat rindu Maisa dekat dya tak melebihi rindu Maisa terhadap DIA, In shaa Allah :')

Uke la, Maisa pown tataw ape yang Maisa merapu merepek dalam entry ny. Haha ! Maaf la ye, takde idea sebenarnye nk diceritakan. Tapi yang sebenar-benarnye Maisa nak gtaw kat sini is Maisa RINDU Mr.Spec. Tu jer ! Heuheuheu :P Abaikan -_- K, selamat malam. Sweet dream guys !


p/s : Maaf, blog ny under maintenance :3 Haha, konon nak bagi lagi meriah la padahal tetap tak boleh lawan blogger-2 yang lain -_-