Monday 29 April 2013

Luahan Tak Bersuara :')




Mungkin kita pernah rasa

Tentang cinta

Yang takdirnya

Bukan untuk kita

Mungkin ini adalah cara

Meluah cinta

Tanpa berkata atau berpandang mata

Mungkin aku mencintaimu

Walaupun engkau tak pernah tahu

Mungkin aku mencintaimu

Tanpa lelah ataupun jemu

I'm sorry but I Love You

I'm sorry if I Miss You

Even if I can't have you

You know I'll always be there for you

Mungkin kita tak bersama di takdirnya

Tak mengapa asal kau bahagia

Biar aku mencintaimu

Biar tiada siapa yang tahu

Biar aku mencintaimu

Dalam diam ataupun bisu



Bak kata Najwa Latif,

Biar aku mencintaimu,

Biar tiada siapa yang tahu,

Biar aku mencintaimu,

Dalam diam ataupun bisu.

SWEET ??

Sakit kowt ! =="

but, I still Love You :'D

Jauh di lubuk hati,

Hati yang tak pernah menipu.

Kerana setiap kata-kata si hati itu,

Rujukannya adalah Yang Esa.

Doaku ?

"Ya Allah, kalau dia untukku, Kau jagakanlah dia.

Sampaikanlah rinduku buat dia kerana aku tahu,

 Engkau lah yang paling hampir dengan hatinya."

Aku juga mempunyai fitrah suci itu,

Mahu mencintai dan dicintai.

CUMA,

berharap ianya tidak tersalah letak.

Aamiin ^____^

Sunday 28 April 2013

Ada Apa dengan CINTA ?

[Papinka - Masih Mencintainya]




Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Namun kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Namun kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya ..

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya ..


-Senyum selagi boleh senyum-


Dia Kembali Ceria

Hai korang-korang ! *lambai tangan* Hehe ^^ Actually Maisa tataw la nak sedih ka, nak happy ka, nak ceria ka, and so on la. Rasa sedih dalam hati and terasa dalam hati ny cry out loud dah pown cuma bibir ny hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa-apa. Selagi boleh bertahan air mata ny dari jatuh ke pipi, selagi tu la Maisa tahan and smile. Err, fake smile I mean :') 

Tadi wifi dekat UM tak boleh nak connect for a while atas masalah tertentu and laptop pown tak boleh nak on. Masa tu tengah menaip assignment untuk disiapkan then tetibe buat hal pulak. After a few minutes, kawan Maisa gtaw yang laptop dah boleh buka. Maisa pown on laptop nak sambung buat assignment pulak then sambil tu connect wifi. Lepas wifi dah boleh connect, on facebook Maisa then ternampak kat news feed  atas sekaly dya post gambar panda happy kat playground, caption dya "Alhamdulillah dah happy balik, thanks <3". Masa tu, tak dapat nak berkata apa-apa. Nak happy? Nak sedih? Entah lah. Tapi Maisa tumpang happy la kalau dah dya gembira macam tu sekaly. Then nampak dya komen dengan owg yang penah menambat hati dya dulu. Mesra ja nampak. Maybe owg tu yang dah buat dya gembira. Alhamdulillah, bagus la :'D 

Hati Maisa ny biarlah, letak ke tepi pown takpe asalkan dya gembira. Kalau dah owg tu saje yang mampu buat dya happy, apa Maisa boleh buat. Maisa cuma boleh ada as kawan dya. Maisa jadi pendegar setia good news and bad news dya pown dah kira uke. Tu pown dah buat Maisa happy *senyum* Harhar, semoga awak bahagia selalu. Saya sentiasa doakan awak :')

K la, dah tataw nak cakap apa. Kalau saya mengalirkan air mata, anggap ja la air mata tumpang gembira untuk awak. Take care, be happy always Mr.Spec :'D


-Just Nothing To Say-

Saturday 27 April 2013

Buat Aku Tersenyum

Salam Alaik ..


Hai Hai, korang sihat? Hehe, entry kaly ny tataw la nk story pasal apa. Korang baca je la eh then korang akan taw la :P 
Ehem Ehem .. actually Maisa tersangat-sangat lah bowsan hari ny dengan LAPAR giler sebab dari kemarin tak makan. Perghh ~ Terbaik ah ! Gini la jadinya kalau masa cuti minggu Maisa dok rumah sewa. Takde makanan, minum air ja then online online dan online. Bowsan kan hidup macam ny? Haha, tapi dengan adanya blog takde la Maisa rasa bowsan sangat. Dah la takde sape pown text Maisa kat fon, haish kesian kesian kesian ==" 

Mulanya uke lagi then nak dekat zohor tu rasa bowsan teramat sangat. Dah macam owg tak tentu arah, macam cacing kepanasan pown ada. Haha *kesian* Start la rasa nak menjerit, melalak, MENANGIS pown ada. Tapi still dapat control diri. Then perut bergendang minta diisi ! Huh. Nak minta tolong sape pown tataw masa tu. Lagipown rasa segan nak mintak tolong owg takowt menyusahkan owg tapi beranikan diri jugak text Mr.Spec. Lama jugak dya nak respon, ingatkan dya tak boleh tolong. Tapi Alhamdulillah dya replied my text tanya nak makan apa. Haha, rasa bahagia gila. Maklum la tak makan dari kemarin :P

Dalam masa tak sampai setengah jam, dya text balik suruh tunggu depan rumah 5 minit lagi dya sampai. Mula la gelabah masa tu nak siap. Haha *kantoi* Dah dapat text macam tu, laju ja Maisa lari g keluar rumah, yela tanak la dya tertunggu pulak kat luar. Then tunggu punya tunggu rasa lebih 5 minit tak nampak lagi pown dya. Masa tu hanya Tuhan ja yang taw macam mana perasaan Maisa. Mula pikir bukan-bukan tapi tenangkan diri dengan berdoa kepada Allah supaya DIA lindungi Mr.Spec. Tak putus-putus Maisa berdoa, yela takowt jadi apa-apa dah la masa tu guruh apa semua. Dup Dap Dup Dap ja jantung ny ><"

Alhamdulillah, lepas tu nampak kelibat dya dengan moto ego dya. Haha, pheeuuww ~ Lega rasa :'D Masa nak g amek makanan tu, Maisa pown hulur la duit tapi dya tolak elok kata dya tanak amek duit tu. Belanja la katanya. Masa tu terkesima pown ada, dah la nyusahkan dya belikan makanan then dya belanja pulak. Haish, Mr.Spec ny ada saja la benda yg buat Maisa tersenyum. Thanks a lot la ye ! Hehe, dya sentiasa ada masa Maisa susah or senang. Masa Maisa nak mintak tolong, dya sentiasa ada. Ingat lagi dulu dya penah kata, "Jenis saya, saya tak boleh kalau ada owg mintak tolong. Saya mesti akan cuba sedaya upaya saya untuk tolong owg tu kalau saya boleh tolong kecuali kalau saya ada hal penting yang tak boleh dielakkan, baru la saya tak dapat nak tolong." Err, ayat dya lebih kurang macam tu la. Huhu, actually kiteorang gelar nama tapi Maisa malas nk mention nama dya kat sini. Hoho *biarlah rahsia*

Masuk ja Maisa dalam rumah, bibir Maisa ny tak lekang dari tersenyum tersengih sensorang. Haha ! Entah kenapa la. Dah macam angau :P Dya banyak tolong Maisa, dya la BFF Maisa. Thanks a lot Mr.Spec :) Actually kan, baru Maisa perasan yang Maisa tak pernah jadi macam ny dulu. Maksud Maisa, Maisa banyak doakan seseorang tu. Tengok la macam situasi tadi, baru berapa minit dya tak muncul Maisa terus berdoa supaya Allah jaga and lindungi dya. First time kowt Maisa macam ny. Sebab apa ek? Haha, kau pelik Maisa. Kau pelik ==" Cinta kah? Err, sorry Maisa tak paham apa yang dimaksudkan dengan CINTA. Tak pernah lagi Maisa suka seseorang tu sampai macam ny sekaly tapi Alhamdulillah sampai sekarang Maisa still dapat controlkan diri Maisa. Tak tonjolkan perasaan Maisa sangat kat dya. Kadang perasaan cemburu tu ada tapi buat tak endah ja perasaan tu. Kalau dilayan, entah apa la jadi kan. Lagipun dya bukannya milik Maisa kecuali kalau dya dah betul-betul jadi milik Maisa. Ny hanya BFF ja buat masa sekarang. Hope Allah panjangkan hubungan persahabatan Maisa dengan dya till Jannah. In shaa Allah, aamiin ^___^

Cukup beruntung la owg yang still ada dalam hati Mr.Spec tu. Mr.Spec dah banyak bagi peluang. Hargai lah dya. Maisa ny takde peluang langsung pown untuk ada dalam hati dya. Patut bersyukur la owg tu. Kalau Maisa ada kat tempat owg tu, serius Maisa jaga hati dya and jaga hubungan tu elok-elok. Terkadang Maisa penah terfikir sejenak, KALAU LAH MAISA DIBERI PELUANG UNTUK BERADA DALAM HATI DYA memang Maisa la owg paling bahagia sekaly tapi rasa macam susah untuk Maisa dapat peluang tu. Hanya mampu berdoa kepada Allah ja. Kalau ada jodoh, takkan lari gunung dikejar :')

Sudah cukup sudah ! Jiwang terlebih dah ny. Haha. Terima kasih kepada lagu Masih Mencintainya by Papinka yang sudi menemani Maisa untuk meng-create entry kali ny :D Best kowt lagu, terkena sikit dengan diri ny. Choii ~~ K la, baibai ^^


-Gambar sekadar hiasan-

Friday 26 April 2013

Penghabisan Baucer Buku


-Novel yang baru diborong-
Assalamualaikum guys ! Sebelum tu nak tanya, korang dah solat Maghrib ke? Sape-sape yang belum tunaikan solat tu, silakan lah solat sekarang. Dahulu kan yang wajib, Facebook Twitter Tagged Blog bagai tu MOHON tinggalkan sementara. Tak lari mana pown, semuanya duniawi sahaja kan. So, tunaikan la solat terlebih dahulu. Tiada hal yang lebih penting selain SERUAN ILAHI :)

Uke, now back to the topic I want to share with you guys. Dalam gambar atas tu adalah novel-novel yang Maisa baru beli kelmarin menggunakan baucer buku yang still berbaki rm100. There are 5 novels right? Haha, tataw la bila Maisa akan habiskan kelima-lima novel tu sebab sekarang ny rasa tadak mood nak membaca novel. Novel-novel kat atas tu pown still berbalut plastik lagi masa snap picture of it. Lepas snap tu, letak dalam beg plastik popular balik. Haha *tah pape* Actually saja nak update blog then terpikir novel-novel yang Maisa beli guna baucer buku so take it as my new entry in my blog :D

So, Maisa punya baucer buku dah habis digunakan. Sebelum beli novel-novel tu, Maisa dah guna rm200 untuk beli hardisk. Mesti korang pelik kan sebab total baucer buku Maisa semuanya rm300. Haha, actually ada sowang kakak serumah Maisa bagi rm50 baucer buku kat Maisa, so Maisa punya baucer semua ada rm300. Asalnya Maisa nak beli hardsik jenama TOSHIBA yang harganya rm220 tak silap Maisa tapi disebabkan hardisk tu entah masalah ape jadi TERPAKSA tukar dengan hardisk jenama ACER yang harganya rm190. Nak cukupkan baucer yang Maisa rm200 tu, owg kedai tu suruh amek pendrive 8GB jenama toshiba harga dya berapa entah. *lupa* Haha, then kat situ Maisa da dapat hardisk and pendrive. Pendrive tu Maisa tak guna pown lagi sebab Maisa dah ada pendrive 4GB dah. Hoho, biarkan ia =="

Hmm, inilah penghabisan baucer buku Maisa yang dah Maisa gunakan. Err, ayat tu abaikan sebab macam tak betul :P Haha, uke la. Maisa nak sambung buat assignment Bahasa Kebangsaan pulak. Nak pinjam novel-novel tu, sila JUMPA Maisa ! Hehehehe, jangan malu jangan segan. *aku yg malu* :3

K, SAYONARA ! Jumpa lagi :D

Wednesday 24 April 2013

Si Dia Muncul Kembali


-My Condition-

Hmm .. Serius tataw nak cakap macam mana sekarang. Bila nampak si dya muncul kembali di laman Facebook, hati Maisa mula terasa sakit sebab tengok betapa mesranya dya dengan Mr.Spec. Si dya yg Maisa maksudkan tu perempuan la. Yang pernah menambat hati Mr.Spec. Yeah, Maisa taw yang Maisa and Mr.Spec tu tak pernah declare pape pown but you know what when someone yang dah kita suka dalam hati kita and TERSANGAT susah untuk kita buang dya dari dalam hati kita, agak terasa la pedih dalam hati kita ny. Suka dalam diam memang perit. Even Maisa taw yang diorang tak mustahil la akan naik pelamin or whatever la kan sebab family diorang rapat sangat tapi Maisa still susah nak buang perasaan Maisa terhadap dya. Biar la masa yang menentukan and jodoh tu kan rahsia Allah. Maybe Allah dah sediakan yang terbaik kat luar sana cuma buat masa sekarang, Allah rahsiakan dulu :')

I get JEALOUS because I'm afraid she is going to make you happier than I do. Ya Allah, please take a good care of someone that I love.

Yes, I'm jealous ! But I can only latent and silent. Just be happy like nothing's happen. Selain tu, Maisa hanya mampu berdoa kepada Allah ja. Kalau dya untuk Maisa, dekatkan la hati Maisa dengan dya. Kalau dya bukan untuk Maisa, damaikan la hati Maisa dengan segala ketentuan-Nya. Hanya mampu jadi Best Friend Forever pown dah cukup bagi Maisa. Sakit tu memang la sakit tapi nak buat macam mana. Tak kan la nk p melutut merayu bagai supaya dya terima Maisa. For what kan sampai nak buat macam tu sekali. Buat malu ja. Pendam and dok diam-diam sudah. Haha :'D 

Kalau dya and Maisa ada jodoh suatu hari nanty, in shaa Allah akan bersatu jugak. Lari la sejauh mana pown tetap akan bersama kalau dah dya jodoh Maisa. Tapi kalau dya bukan jodoh Maisa, in shaa Allah Allah ada sediakan yang lebih baik dari dya untuk Maisa kat luar sana. Tak perlu pikir sangat, sekarang ny fokuskan dulu dalam belajar. Pasal perasaan ny, letak tepi dulu. Kang kalau patah hati, apa pown tak jadi. Kahkahkah :P Senyum tak perlu kata apa-apa la oii ~~ 


-Biar gambar berbicara-


Novel yang Menarik Minat Saya


-Novel yang telah menarik minat aku-

Haii, dah tengok kan gambar kat atas tu? Err, jam merah tu abaikan. Saja nak selit sikit :P Fokuskan kat novel tu ja k. So, sapa dah baca novel tu sebelum Maisa?? Ape komen korang lepas khatamkan novel tu? Best tak? Hmm. Maisa punya pendapat la kan, novel tu tersangat-sangat la best. Macam novel "Suami Aku Ustaz" jugak la. Bercinta selepas nikah/kawen ! Yang novel ny sangat kelakar kowt sebab suami dya PEMALU :D Haha, susah dah kowt sekarang ny nak cari lelaki yang pemalu kan kan? Hee ^^ Sweet sangat jalan cerita dalam novel ny. Lelaki ny pown ada pegangan agama and jaga segala ikhtilat dya. Macam rakan sepejabat dya yg perempuan pakai seksi macam sarung nangka and tak cukup kain, dya tegur terus tanpa selindung. Then Maisa ada tertarik dengan beberapa dialog dya dengan mama dya masa sebelum dya kawen dengan isteri dya, Farisha Alya.

"Alah ma, Rul tak beritahu Rul suka dia sebabnya Rul taknak usik hati dya. Lagipun waktu Rul mula suka dya tu tengah belajar lagi. Sekarang Rul baru mula kerja. Tak eloklah bagi harapan kat anak dara orang. Biarlah Rul kumpul duit dulu."

"Tak takut melepas ke? Nanti kalau disambar dek orang, gigit jarilah kamu," kata mama Sahirul Hakimi.

"Nak takut apa, ma? Jodoh rahsia Allah. Kalau dah jodoh Rul dengan Alya, macam mana cara sekalipun Rul tetap akan bersatu dengan dya. Betul tak ma?"

See? Nampak kan perbualan antara dya dan mama dya macam mana? Punya la dya sanggup pendamkan perasaan terhadap isteri dya tu selama 2 tahun sampai la dya dah diijab kabulkan. Dya jenis tak layan perempuan and tak tengok pown perempuan sebab tu dengan isteri dya sendiri pown malu sampaikan dya pegang tangan isteri dya pown, dya minta maaf balik sebab terpegang tangan isteri dya. Pergghh ~ Padahal, diorang dah sah kowt ><" hahaha ! Gelak guling-guling Maisa baca buku ny and ada jugak part yang buat Maisa mengalir air mata tapi entah la kat mana. Nak taw, beli and baca la sendiri. Perempuan kalau baca novel, terkadang hayati betul-betul and time baca novel tu jangan ada sesapa pown kacau. Kalau ada owg cakap masa tengah baca novel, for sure dya tak kan fokus langsung dengan apa yang owg cakapkan kat dya. Haha ! *teruk betul* Btw, ada jugak part perbualan antara Rul dengan adik lelaki isteri dya, Qimi yang buat Maisa teruja sangat. Nak taw? Baca la kat bawah :P

"Qimi nak tahu tak? Abang ambil masa dua tahun pendam perasaan kat angah Qimi. Abang tak suarakan sampailah kewangan abang betul-betul stabil. Dalam masa yang sama, abang ambil tahu perkembangan Alya. Agak-agak Qimi, kenapa abang tak luahkan je sedangkan abang ada banyak kesempatan untuk luahkan kepada angah kamu? Sebabnya, abang taknak sentuh hati kakak kamu selagi abang belum pastikan dya menjadi milik abang. Hati perempuan terlalu lembut, dik. Jangan sentuh hatinya kalau kamu tak mampu untuk jadikan dya milik kamu. Jangan bagi harapan andai kamu tidak menyimpan sebarang perasaan kepadanya. Dan yang penting, jangan cuba-cuba berjanji kepadanya selagi kamu belum mampu menjadi imam bagi dirinya. Qimi fahamkan apa yang abang cuba sampaikan?"

"Qimi dah besar. Dah 23 pun. Kerja pun ada. So, abang tak risau bila Qimi cakap Qimi jatuh cinta. Cuma abang nasihatkan, biarlah perjalanan cinta Qimi diiringi dengan keberkatan. So, bila Qimi dah berkeluarga nanti, Keluarga Qimi akan penuh barakah. Kenangan Qimi  dengan dya sebelum kawen mungkin sikit, tapi Qimi akan hidup bersama kenangan-kenangan yang lebih indah selepas kawen nanti."

Haaa, actually banyak lagi dialog-dialog suami si Farisha Alya ny yang membuatkan Maisa teruja, terkesima and ada juga kata-kata dya yang Maisa ambil and ingat dalam kepala otak Maisa :D Hoho *dasyat* Suami dya pown banyak bagi tazkirah agama dekat dya. Rasa cemburu pulak ! Haha. Teringin sangat nak suami macam tu suatu hari nanty. Yang ada pegangan agama, yang boleh bimbing diri ny ke jalan yang benar, yang boleh bagi nasihat kat diri ny, yang boleh jadi IMAM Maisa and yang boleh jadi ABI kepada anak-anak Maisa nanty. Cewaaahhh ! Berangan terlebih pulak :P Haha *poyo*

Uke la, sampai sini ja la entry Maisa kali ny. Banyak nak cerita tapi lebih baik korang baca sendiri ja la kan, lagi senang :D Hehehe, k la. Maisa pown kena undur diri dah sebab pukul 2 petang ny ada kelas pulak. So, chaww dulu ! Assalamualaikum :)

Tuesday 23 April 2013

Ini semua TIPU belaka

Assalamualaikum ..


Ehem ehem .. Hari ny Maisa and the gang g main bowling dengan 2 orang hero-hero bowling kiteorang. Yeah, actually hari ny Maisa kurang sihat sikit tapi disebabkan dah janji dengan hero-hero tu Maisa pown gagahkan diri jugak g main bowling. Nak jugak jumpa diorang sebab dah lama tak jumpa kan *konon* Haha ! But, serius Maisa TAK PUAS HATI main bowling hari ny ! Tak aci giler kowt, markah memang kebanyakkannya TIPU belaka ! Grr ~ Mr.Spec dapat 130 and me dapat 63 ?? Teruk giler dowh. Arrghhh ~ MOHON set tarikh balik la korang-korang :( Even saya tak pandai main pown tapi saya tak puas hati jugak. Masa main tu dengan panas takde aircond kat situ then start rasa sakit kepala. Denyut kuat jugak tapi malas nak tunjuk kat korang-korang takowt spoil mood kan kalau salah sorang moody. So, teruskan main like nothing's happen :'D Sedih tambah dengan MALU bila tengok markah Maisa. Diorang semua PRO, tak tanding dengan Maisa. Sedih pedih !! Main dengan kelam kabut tadi kejar masa sebab ada owg nk sewa keta pulak lepas kiteorang. Kalau tak, 2 game balun kowt ! Pape pown, sila SET tarikh balik ya korang-korang. Kasihani lah saya yang kurang pro ny :P And untuk hero-hero bowling, thanks a lot sebab sudi luangkan masa bersama kiteorang. Lain hari BELANJA makan taw ! Mr.Spec dah kerja tu boleh la belanja Maisa ny. Haha ! Tu pown kalau hero-hero tu nak makan dengan kiteorang la kan :3 *sengal*

-Score kiteorang *mohon jangan gelak*-

Friday 19 April 2013

Pengalaman Ngeri

Bismillahirrahmanirrahim ...


Maisa tataw nak cakap macam mana tentang keadaan Maisa sekarang. Rasa takowt and rasa nak menangis je. Berdebar je rasa kat dada ny. Takowt benda macam tu terjadi sekali lagi. Cukuplah benda tu terjadi depan mata Maisa untuk pertama kali dan harap ianya juga untuk terakhir kali. Dah macam FOBIA taw tak bila tengok orang bergaduh teruk depan mata Maisa. Maisa tanak cerita detail macam mana pergaduhan tu terjadi. Biarlah DIA dan Maisa ja yang taw. Tak pernah pown terjadi dalam hidup Maisa benda-benda macam tu cuma Maisa selalu dengar owg cerita. Then suatu hari tu terjadi dalam hidup Maisa and depan mata Maisa. Lepas je bende tu jadi, Maisa susah nak tidur. Pejam je mata asyik terpikir bende tu. Serius hanya Tuhan je yang tahu macam mana perasaan Maisa masa tu. Malam ny dengar pulak bising-bising nak settle masalah ape entah. Maisa takowt nak masuk campur dah. Maisa dengar je tapi hati ny serius rasa takowt. Takowt sangat benda tu jadi sekali lagi. Ya Allah, cukuplah untuk sekali tu jadi. Dah macam pengalaman NGERI dalam hidup Maisa. Maisa tanak benda tu berlaku lagi ! Hmm, tataw lah kenapa Maisa mengalir air mata masa buat entry ny. Maybe sebab perasaan takowt tu menyelubungi diri Maisa balik. Korang pown mesti pernah berlaku jugak kan benda ny dalam hidup korang? Maybe sebab Maisa ny pertama kali tengok benda macam tu berlaku, so perasaan takowt tu datang balik sampai membuatkan Maisa menangis bila teringat benda tu. Jangan la buat lagi. Pleasee .. CUKUPLAH bagi pengalaman ngeri sekali seumur hidup Maisa. TT__TT


-Biar gambar berbicara-

Thursday 18 April 2013

Aku Dia dan Bowling



-Sebahagian Hidup Aku, Dia dan Lain-lain-


Assalamualaikum .. Hai awak, awak, awak dan awak ! Selamat petang :D Hehe, entry kaly ny Maisa nak story pasal hari ny. Nampak tak benda bulat kat dlm gambar atas tu. Taw kan benda apa? Haha, for sure la BOWLING kan. *entah pape* Sorry, kepala Maisa sekarang macam BLURR tataw pasai pa ==" Balik dari kelas tadi rasa macam nak marah owg then rasa moody ja. Rasa macam nk cari ketenangan. Kalau lah dekat sini ada sawah padi MENGHIJAU tu, kan best. Rasa tenang and aman ja bila tengok. Semua masalah mesti pergi berlalu macam tu ja dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Perghh ~ rasa macam nak balik kampung ja. Tapi apakan daya, diri ini berada di negeri owg. Kahkahkah *merepek* Tadi memang rasa nk marah or tengking owg tapi sabar ja. Takowt kalau tak control, kang keluar macam-macam. Lepas balik dari kelas, minum air then terus baring atas katil tenangkan diri. Senyap ja Maisa sampaikan kakak angkat Maisa kata Maisa g kolej balik sebabkan tak dengar suara Maisa. Haha, dasyat betul. Ada kak sebilik Maisa tanya apa semuanya Maisa jawab sepatah ja. Yala, lebih baik kita senyap ja kan kalau kita bising takowt jadi kowt lain. Dengan senyap tu la kita boleh stabilkan mood and diri kita balik, fikir elok-elok then lama-lama uke la. Tambah pulak masa Maisa tengah moody tu, dah nk dekat zohor. Tunggu azan zohor masuk, then terus pergi amek wudhuk. Sudah solat tu, rasa tenang balik. Alhamdulillah. Mood dah kembali okay :D Haha, dah takde sawah padi so jalan lain nak tenangkan diri yang lagi mujarab, SOLAT lah. Berdoa dan mengadu kat DIA sebab DIA lah Maha Mengetahui segalanya. In shaa Allah, hati kita akan lebih tenang bila kita sentiasa ingatkan Allah tak kira masa kita suka atau duka.

Then lepas solat tu apa lagi, buka laptop and connect broadband nak online. Haha, rutin harian Maisa kalau tak online tak sah. First tab on FACEBOOK, second tab on TWITTER, third tab on TAGGED and the last or forth tab on BLOG lah. Dah online tu saja nak usha blog Mr Spec tapi rasa KECEWA gila sebab tak bule nak bukak. Mula la fikir macam-macam, mula la nk buat drama air mata then try mesej dya kat fon tanya sebab apa Maisa tak boleh tengok blog dya. Lama jugak la dya nak balas, sebab tu rasa sebak nak teriak menjerit bagai. Lepas tu teringat la dekat BOWLING then terus jerit kat kakak bilik sebelah ajak g main bowling. Actually masa tu tengah tahan nak teriak jadi suara pown owg boleh detect la kan. Haha *poyo* Kakak tu kata, "apesal suara ko macam sedih semacam je Maisa?" Hah ! Bila dya keluar soalan tu, terus Maisa pown kata Maisa okay ja. Tapi lepas jerit kat kakak tu ajak main bowlng, tup tup bunyi mesej masuk. Hoho, dya pown kata dya tutup blog dya sebab dya tanak main dengan internet buat masa sekarang. Huh, lega rasa ! *sengal* Then dya ajak main bowling Ahad ny. So, tak jadi la lepas tension kat bowling hari ny. Harhar, macam taw-taw ja Maisa nak g main bowling. So in shaa Allah kalau takde apa-apa halangan, Maisa g main bowling la hari Ahad ny. Tak sabar rasa padahal main bowling pown tak teror. Dapat gelaran JUARA LONGKANG ada la. Choii =="

K, conclusion here .. Maisa dan bowling tak dapat dipisahkan. Bila bowsan, stress, sedih or bagai, bowling lah tempat maisa lepaskan segalanya. Lempar bowling tu ibarat nak buang segala perasaan stress, bowsan or sedih kat situ. Kesian bowling tu, haha. Main untuk suka-suka ja sebab tu la payah nk score sebab main-main. Adoii. Hari Ahad ny bersedia lah anda ! Bowling, here I come and please be nice to me. Bagi score BAIK PUNYA ! Dan saya sangat merindui awak wahai bowling. Tunggu kedatangan saya ya ! HAHA. In shaa Allah, semua tu dengan izin Allah.

-Aku adalah Aku-


Wednesday 17 April 2013

Ada Apa dengan Lirik

-Biar gambar berbicara-

Pria Band - Kasih Jangan Pergi


Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu

Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cinta ku ini abadi untukmu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi

Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang aku punya bukan sekadar kata
Cinta ku ini abadi untukmu

Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi (3x)

Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi

Dia yang saya kenal

Assalamualaikum ! Hye guys :D


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kita masih lagi dapat bernyawa di muka bumi Allah ny dan masih diberi peluang untuk memperbaiki diri juga mempertingkatkan lagi iman kita dari hati ke hari. Err, kau ingat kau tengah buat ucapan dekat depan perhimpunan sekolah ka Maisa? Oh please lah ! Haha, k abaikan. Berbalik kepada topik yang nk di storykan. Dia yang Maisa kenal tu mesty korang tertanya-tanya sapa dya kan? Uke, dya dikenali sebagai Encik Spek Belang or Encik Pocoyo. Haha, maaf nama sebenar tak dapat nak papar kat sini. Biarlah dya hanya dikenali dengan panggilan tu. We are BEST FRIEND forever for me. Nak taw macam mana Maisa boleh kenal dengan dya? Now, lets me story it.


Maisa kenal dya melalui FACEBOOK since 2011 tak silap tak ingat pulak bulan berapa, maybe hujung tahun tu kowt. Tapi masa tahun 2011 tu Maisa baru jadi kawan dya kat facebook. Maisa la yang add dya sebab Maisa tengok dya macam rapat dengan kawan sekolah menengah Maisa dulu. But kiteorg tak pernah chatting pown, Maisa rajin jadi STALKER ja :D Dya ny macam crush Maisa jugak la. Suka dalam diam. Harhar *tutup muka* Then suatu hari tu entah tak ingat pulak bila tapi rasanya awal tahun 2012 or tengah bulan tahun 2012 la, kiteorg start rapat. Dya banyak tolong Maisa, banyak bagi nasihat and tegur Maisa bila Maisa ada buat salah. Dya rajin kejutkan Maisa solat tahajud, terima kasih banyak la kat awak ye wahai Encik Spek Belang ! Hehe, ingat lagi first kiteorg contact dya nyanyi lagu ST12-Saat Terakhir. Baru bangun tdow tak silap dya masa tu tapi still nyanyi jugak sebab tanak Maisa merajuk. Hakhak *merajuk konon* Then berterusan la kiteorg contact sampai sekarang cuma sekarang kurang contact sebab hal tertentu TAPI bukan gaduh k. Tak main la gaduh-gaduh ny kan? Tak baik, kita kena eratkan silaturrahim lagi ada la kan kan? Kurkurkur :3 And tak sangka yang Maisa dah FACE TO FACE dengan dya disebabkan mintak tolong dya belikan makanan. Mulanya tak berani sebab Maisa tak pernah jumpa owg yang Maisa kenal dalam alam maya sesuka hati and for the first time, Maisa terpaksa jumpa dengan dya sebab kesian kawan-kawan lapar but jumpa dya tu bukan Maisa sensorang la. Huhu, btw alhamdulillah Maisa kenal dengan owg yang sebaik dya. *terharu*Masa birthday dya bulan Oktober 2012, birthday boy kan dapat call FREE selama 7 hari then dya 8pax kan nombor Maisa sebab boleh call free dengan Maisa. Takde la terbiar rugi free call 7 hari tak call orang. Tapi bukan Maisa saja la dya call, mesti la ada jugak dya call kawan-kawan dya. Yela, kiteorg ny BEST FRIEND ja bukan lebih-lebih pown. *jangan salah faham* Dya call Maisa tiap-tiap malam berturut-turut selama 4 hari. Haha, 4 hari tu pown dah banyak kiteorg borak and tak sangka dya sudi on the phone dengan Maisa even Maisa ny bukannya jenis cakap banyak. Dya ja yang cakap banyak, Maisa tak reti nk cakap sangat. Haha, teruk betul Maisa ny. Patutnya kita layan birthday boy tu tapi terbalik pulak. Pape pown, Maisa dah tunaikan permintaan dya nyanyi lagu Sahabat Sejati by UNIC. For the first time lepas dya paksa banyak kaly baru la Maisa tunaikan. Yela, tanak dya sedih time birthday dya so tunaikan ja la. And sampai sekarang, tiap kaly dengar lagu tu Maisa teringat kenangan masa birthday dya. Kadang rasa sebak pown ada, haha ! *poyo giler* :'D Then tiba masa birthday Maisa pulak bulan Disember 2012, Maisa pulak call dya tapi tak sampai setiap hari. Ada hari dya sibuk and ada hari Maisa sibuk. Maklum la masa bulan Disember tu Maisa dah start belajar, so kurang sikit contact dya. Huhu, maafkan Maisa ye. Bila dah on the phone, macam-macam story kiteorg sharing. Tapi semua tu hanya luahan hati antara kiteorg ja. Hanya Allah jadi saksi :')



Bila dah rapat ala-ala kamceng, kiteorg keluar main BOWLING sama-sama. Dya dengan kawan dya dorang and Maisa dengan kawan-kawan satu rumah sewa Maisa lebih kurang 2 or 3 owg kawan la Maisa ajak. Dah masuk 4 kaly tak silap kiteorg main bowling sekaly sampaikan dengan kawan yang dya selalu bawak tu pown Maisa rapat. BOWLING dah jadi sebahagian dari hidup kiteorg. Bila stress or nak happy-happy, kiteorg g lempar bola bowling. Haha ! Seriously, Maisa sampai sekarang tak sangka yang kiteorang rapat camny sekaly. Alhamdulillah Allah masih jaga hubungan persahabatan antara kami :'D Kadang bila dya ada masalah, dya akan MENYEPIKAN diri. Senyap tanpa sepatah kata agak lama jugak tapi lama-lama, dya datang balik lepas dya dah okay. Ada 2 or 3 owg kawan Maisa kata tak payah dah la contact dengan dya sebab diorang tengok Maisa moody ja. Kadang Maisa menangis jugak bila nak tdow or time owg semua dah tdow but still I can't leave him for no reasons. Bila dya datang balik, Maisa rasa macam Maisa la owg paling BAHAGIA dalam dunia ny. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Harhar, choii ~ Maisa mengharap kat dya? Hmm. Tu Maisa tataw nk kata tapi Maisa anggap dya as BEST FRIEND Maisa selamanya. Yang selebihnya tu, biarlah hanya Allah ja yang taw. Cukuplah dulu Maisa pernah expressed my feelings kat dya then dya cakap elok-elok yang dya tanak pikir lagi pasal tu semua and dya tanak kecewa sebab cinta lagi. "Kita boleh suka seseorang tu tapi kita tak boleh paksa orang tu untuk suka kita balik" *note to myself* Biarlah Allah yang tentukan semua tu. Pape pown, we still friends until now ! That's the fact. Banyak dugaan yang dah Maisa dan dya hadapi dalam hubungan persahabatan kami. Allah bagi kesabaran dan ketabahan dalam diri kiteorang untuk tempuh liku-liku dalam hidup ny. Terima kasih, ya Allah :')



Hmm, rasanya kalau nak cerita lagi pasal dya takowt korang letih pulak nk baca kan? So, lets end here. Ya Allah, panjangkan lah hubungan persahabatan antara kami till JANNAH. In shaa Allah. I can't imagine me without him. Dya terlalu baik bagi Maisa and TERLALU banyak kenangan MANIS yang dah kami ciptakan selama perkenalan kami. It's quite DIFFICULT for me to lose a friend like him. Ya Allah, perkenankan lah doaku ini dan damaikan lah hatiku dengan segala ketentuanMu. Amin Ya Rabbal 'Alamin.



Sekian saja bebelan dari Maisa :P K, jum siap-siap solat Maghrib bakal-bakal jenazah sekalian. Jangan lengahkan solat ! Hihi, selamat menunaikan solat fardhu Maghrib. Bye, wassalam ^____^



Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya.

Tentang Kami :)

Entry kali ny Maisa nak story about my friends yang agak gila-gila jugak la. Sejak Maisa mula masuk kolej tempat Maisa belajar kat Kelantan, diorang la yang Maisa kenal, rapat, kamceng and masing-masing ada perwatakan sendiri. Banyak orang, banyak ragam la kan? Haha, so lets me introduce them !

Comel kan? Kecik molek ny la Suhana Atikah, stay Jeli. Umur dya same like me but already taken. Hehe, dya ny kawan sekelas dengan Maisa since Maisa masuk second intake hujung bulan 12 tahun 2010 tak silap. Macam-macam kenangan yang dah kami ciptakan, ada pahit ada manis. Kadang gaduh merajuk tapi baik balik. Lumrah bila berkawan kan? Kami kalau jumpa, memang bising la. Riuh jadi, maklum la kawan segeng sekepala gitu la. Btw, kecik-kecik dya pown teror gila Qiraat. Tabikk arr :D

Haaaa, yang pakai niqab/purdah ny pulak nama dya Mahirah. Umur pown sama macam Maisa, stay Terengganu. Already taken jugak, dah bertunang pown. In shaa Allah, tak lama lagi la tu. Hehe, dya pown kawan sekelas Maisa. Kadang banyak jugak bagi nasihat and kata-kata semangat kat Maisa bila Maisa down, sedih or else la. Jenis caring, lemah lembut and memang baik lah. Haha, sahabat selamanya :D

Ny nama dya Nik Nur Habsah. Nampak comel + muda kan? Actually dya tua 2 tahun dari Maisa tapi muka nampak kebudak-budakan sikit tu yang  nampak muda. Haha, even dya muka gitu tp dya banyak tolong Maisa dalam belajar. Pandai Bahasa Arab ny ! Kadang malu dengan dya sebab Maisa kurang sikit bab Bahasa Arab. Kami ny banyak jugak sharing masalah tapi tadak la banyak sangat and kadang mintak pendapat or nasihat antara satu sama lain. Dok perli-perli pown pape still stick together jgk kami. Haha, thanks k.nik :D

Haaaa, ny yang posing maut kemain lagi ny Farhanim nama dya. Haha. Dya tua setahun dari Maisa. Kami boleh kenal sebab dulu dok satu bilik kat asrama kolej kami. Masa nampak dya sekaly satu bilik, pelik jugak sebab tak pernah nampak dya. Rupanya dya masuk lewat masa semester 3. Dya dari KUIS transfer masuk kolej ny. Awal-awal kenal dah cipta kenangan berebut katil. Haha, tapi takde la berebut mana pown. *auta lebih* Btw, maisa mintak maaf ye k.hanim :P Sekarang, kami dok satu rumah sewa pulak. Macam-macam kenangan la ada sejak kenal dengan dya. Bergaduh merajuk dah bape kaly dah tapi tak baik balik jugak. Konon nanti rindu la apa la. Haha ! Kelakar ja bila ingat balik. 

Mesti korang tertanya-tanya sapa 2 owg ny kan kan? Yang tudung koko tu nama dya Noraini and yang pakai shawl tu, Shakina. Diorang ny sepupu and muda setahun dari Maisa. Mulanya tak caya jugak yang diorang sepupu sebab cara diorang cakap main-main tapi last-last caya jugak sebab diorang kata benda betul. Haha. Diorang ny memang sama ja perangai and diorang la kasi meriah rumah sewa kami. Kalau tadak diorang, memang terasa la sunyi tu. Maisa kenal dengan diorang ny masa maisa masuk rumah sewa la. Baru sangat kenal tapi rapat macam kenal lama dah. Tapi yang buat Maisa jeles dengan diorang sebab diorang ny dua-dua pandai bawak keta and dah ada lesen keta dah pown. Jeles tak jeles tak? Buat malu ja kan? Aiyaaa, teruk betul

And the last one I want to introduce is MY BELOVED SISTER, Kak Salihah.  Kenal masa awal Maisa masuk kolej. Dapat kenal dengan dya sebab Maisa rajin p asrama yang dalam kolej Maisa tu. Dya amek ijazah dah, umur pown tua setahun dari Maisa. Actually, dya ny kakak angkat Maisa. Dulu main usha-usha sangat, last-last jadi dari mata turun ke hati la :P Hehe, pernah jugak p rumah dya kenal-kenal dengan adik-adik dya. Semuanya lelaki kowt, segan jadi ! Adoii, tapi Maisa rapat sangat dengan adik bongsu dya nama Amin. Dah macam pasangan couple, romeo and juliet pulak padahal adik dya tu baru form 1 tahun ny ><" Harhar, poyo je *tangan ke dada mata ke atas* Family dya baik sangat dengan Maisa. Masa tahun lepas tak silap la Maisa, dya dengan adik dya yang bongsu tu p Cameron Highlands. Memang tak sangka boleh sampai dekat sana dengan diorang. Selalu p dengan family ja, ny dengan bukan family kita tapi dah anggap diorang macam family sendiri dah. Haha *berbelit ayat* Banyak kenangan manis bersama diorang yang tak mungkin Maisa lupakan forever ! So, for you akak .. Terima kasih atas segalanya dan terima kasih sebab sudi terima Maisa as your younger sister. Sayang akak ketat-ketat la ! Hehe, MUAH setepek kat pipi :*




Jyeahhh !! Fuhh. Kalau ikowtkan nak cerita pasal diorang ny rasanya letih nak menaip. Haha ! Kena buat entry kenangan manis bersama kawan-kawan di kolej pulak. Tapi cukup la cerita sikit sudah pasal diorang. Kenal nama sudah, hoho. Diorang ny la kawan yang ada masa Maisa jatuh, bangun dan diorang ada time suka, duka. Tak pernah tinggal kawan masa susah. Terima kasih banyak korang sebab sudi kenal dengan Maisa. Harap persahabatan kita kekal sampai bila-bila, Ukhuwah Fillah Abadan Abada. In shaa Allah, FRIENDS FOREVER TILL JANNAH ! Sayang korang sangat-sangat ! Nanti bila dah habis kolej and bila semua dah bawak haluan masing-masing, hope jangan LOST CONTACT la ye :) Dan yang penting sekaly, kawen tu JANGAN LUPA JEMPUT ! In shaa Allah, kalau tadak aral melintang Maisa hadirkan diri. INGAT TAW ! Hehe. K, stop story about this. Eh, dah pukul berapa ny? Astaghfirullahalazim, boleh menaip tak sedar dah pukul berapa. Helloo, esok dah la ada kelas tapi nasib baik pukul 11.30pagi. Hehe, tapi subuh tu kena bangun taw !! Harap sedar la esok ==" K la, MORNIGHT :D Sweet dreams, sleep well guys ! Assalamualaikum.

Tuesday 16 April 2013

Budak Baru Belajar :D

Assalamualaikum ..


Hai, I'm new here. Just call me Maisa, stay Penang and now I'm still studying at Kelantan. Like to play BOWLING very much but still I can't get high score for it even I have many times used to play bowling with my friends. But I can't believe that I can get a score of 134 for the first time when I was playing with my 'kakak angkat' a few months ago. Haha, a few MONTHS ago kowt. Perlu ka cerita? ==" Adoii, konon nak speaking tapi english tak teror mana. Ayat tunggang langgang, haha ! *baling meja* 

K, back to the topic. Actually, this is my first time testing nk berblog-ing. I don't know why but balik dari kelas tadi dengan secara tetiba rasa nak buat BLOG ><" Semangat gila tanya kakak angkat Maisa macam mana nak buat blog apa semua. Hari tu pernah dah create but masa tu memang blurr gila tataw macam mana benda blog ny nak berfungsi, tataw kowt celah mana nak letak tajuk bagai-bagai tu and then biarkan ja blog tu bersarang labah-labah. Haha, teruk kan? Padahal blog ny dah berleluasa owg guna cuma Maisa ja ketinggalan sebab dulu tak pernah terpikir nak buat blog pown. Tapi sekarang terasa nak buat and terlalu EXCITED sangat nak create blog sampaikan Maisa search pacek GOOGLE cara-cara nak buat blog. And NOW, I have my own blog ! *teruja* Kahkah. Thanks to pacek google sebab bantu Maisa, haha :D Urm, Maisa create blog ny pown maybe sebab Maisa ny jenis suka pendam masalah sensorang, tak pernah nak cerita or secara jelasnya tak reti nk mula cerita kowt mana dekat owg tambah dengan rasa malu then bila dah pendam sangat mula la start drama air mata kan? haha *so childish* Tapi hakikatnya Maisa macam tu la. Cuba jugak nak sharing prob dengan someone but quite difficult for me to expressed it. Harhar, THAT'S ME :'D

So, kesimpulannya dengan cara create my OWN BLOG ny maybe sedikit demi sedikit Maisa boleh story dalam ny and kongsi apa-apa ilmu kat sini kan. But Maisa mintak maaf awal-awal la sebab takowt bila Maisa dah start story pasal Maisa dalam ny, korang meluat or menyampah pulak nak baca. Hmm. Tak kesah lah kan apa owg nak kata pown sebab this is MY BLOG and I can do what I want freely right? Just be yourself, tak perlu nak sentap dengan apa yang owg kata. Kihkihkih *entah pape* :3

And that's all I want to story with you alls for my first entry :D Tataw nk start macam mana, so ny la jadinya kan? Haha. Btw, thanks sudi baca apa yang dah saya bebelkan. Err, saya budak baru belajar so kalau ada salah tolong-tolong lah tunjukkan. Hehe. K, sudah cukup sudah lah merapu merepek kat sini wahai Maisa ! Sakit pinggang dah ny, time to rest for a while. Lagipun ada kakak serumah Maisa yang duduk sebilik dengan Maisa dah perli macam-macam dah sebab Maisa jadi BLOGGER lah ! Wah, tak sangka. Blogger is everywhere lahh. Harhar *tangan ke dada mata ke atas* Urgh, menyampah ! KBai :D


Remember that ! Haha :'D